Friday, September 21, 2007

di sebalik kotak televisyen....

PERIHAL FILEM-FILEM

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri
(ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete
furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.
(Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat
Sungei Way tu).

Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah

jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis
lak
dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih
terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi
KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala'
Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning
utk
pekerja buruh la bang ).

Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,
selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan
jangan
lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical
terms
dia ).

Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit
atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama
dia
Mak Nab atau Mak Jah.

Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car
porch,
keluar, tutup pintu pagar.

Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti
dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai
rantai dan pakai bracelet.

Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena
barah
otak.

Drama/Filem Cina.

Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan
mesti
jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling
kat
celah lengan besar jubah dia.

Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat
serentak.

Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat
hero.

Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt
dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan
keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut
macam air paip.


Drama/Filem India/Hindustan.

Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di
bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar,

abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti
adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia
tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face
Off
dan Heat.

Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk
dengan
tukul besi.

Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya
untuk satu lagu.

Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung
keretapi.

Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe
cha....bla....bla....bla...'.


Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang
pelik
ramai plak yang tunggu sampai abih.

No comments: