Tuesday, October 21, 2008

takziah..

(Selimut putih)
Takziah kepada saya yang telah kematian seorang kawan, kawan yang saya kongsi cerita cinta jiwa,kawan ketawa dan kawan yang saya tunggu dengan lama, dia akhirnya meninggal. Hari ini saya kehilangan seorang kawan, walaupun bukan kehilangan besar tapi hilang tuh tetap hilang, yes meninggal. Putus dunia akhirat.... (takutkan)
Saya tahu dia berpenyakit, tapi sebagai manusia saya rasa semua orang patut diberikan kawan/peluang, lagipun saya kawan semua orang yang tak ketiak/mulut busuk (tp kadang2 kawan jugak) tapi semalam penyakit kawan saya menjadi semakin teruk, dan tak dapat lagi diselamatkan, manusia pergi dan datang, jadi hari ini dia meninggal....
Keadaan pemergiannya sungguh mengaibkan, dan pasti saya doakan dia pergi dengan tenang (tp saya rasa dia macam tak tenang, cam kene tendang jek) ~
Hari ni sebelum dia meninggal saya rasa rindu sangat dekat dia, saat2 pemergian dia saya rasa azabnya saya juga dengan tidak kena mengena saya kongsi sekali (kuatkan semangat Wesley Gibson!) tapi saya tabah, sangat tabah, untuk menghargai pemergian/sepeninggalan nya meninggalkan jasadnya saya bakal berkabung diri dengan membeli silikon cover untuk iPhone yang baru kat Garden, dan make-up2 kan iPhone saya kasi up sikit. Mungkin beli Tankini, lepas tuh jumpa Dr. Amin dan pergi urut2, gosok2 diri sendiri...
Sila lah tahu semua bahawa pemergian si mati ini memberi kesan tak banyak tapi sikit pada saya, sebab 1-2 hari sebelum dia meninggal saya sudah tahu yang dia akan mati. Saya sudah bersedia emosi dan fisikal untuk menerima kematian si mati. (kawan saya mati ok!) saya sempat menasihatkan dia sebaris dua kata azimat nasihat tapi agak pedas sikit sebab dia tengah nazak nak meninggal dan kata2 saya menyayat hati... kepada si mati - sumpah takziah saya pada kamu.. amin..

6 comments:

Anonymous said...

kesian kawan u yang dah nak mati tu..mungkin dia kuat semangat sebelum mati atau dia tahu akan mati juga satu hari. Kita pun harap-harap jangan cepat buat org mati.........Kadang-kadang orang yang mati itu mungkin lebih iklas tanpa balasan apa-apa ...Amin

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=cMpFTRKj6Oc

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=cMpFTRKj6Oc

Anonymous said...

kesian dia,,,mesti dia mengharapkan dari u,,

http://www.youtube.com/watch?v=umujP5g3Sj4

suya said...

betul ke?sape kwn awak tu...salam takziah..

krasnaya said...

hm....